BANNER

BANNER

20120913

DAURAH HADIS MUSLIM DAN SUNAN TARMIZI.


Daurah pembacaan /periwayatan kitab hadis Sahih Muslim dan kitab hadis Sunan Tarmizi
Tarikh : 10 Nov. 2012 - 30 Nov. 2012 
Tempat :  Madrasah Islamiah (Pondok) Kg Bongek Acheh, Rembau selama 9 hari - untuk Sahih Muslim kemudiannya disambung di Pondok Tampin, Jalan Kampong Padang Ragut, Repah, Tampin selama 11 hari lagi untuk pembacaan kitab Sunan Tarmizi

Daurah akan berlangsung selama 20 hari.

Penyampaian bacaan dan periwayatan Kitab Jami’  Sahih Muslim dan Sunan Tarmizi akan disampaikan oleh al-Allamah al-Sheikh Samir an-Nash (Ulama dari Syria)

Kepada mereka yang berminat sila pastikan kemampuan untuk menanggung dan menerima ilmu yang akan disampaikan, sebab semua penyampaian adalah dalam bahasa arab tiada terjemahan. Para guru, Ustaz dan Ustazah, Para penuntut ilmu menegah dan peringkat tinggi  daripada Pondok , Madrasah, Sekolah Tinggi Agama dan Universiti adalah sangat digalakkan.


Biodata Sheikh Samir al Nash.

Nama: al Alim, al Faqih, al Ushuliy, al Shufi, al Thobiib al Haafidz al Jaami' lilqiraat,  al Mutqiin ,al Sheikh, Samir Muhammad bin Mamduh bin Sharif al Nash.

Dilahirkan pada: 1955 masihi bersamaan 1375 hijrah.

Bapa beliau, adalah seorang yang Soleh, Iaitu Sheikh Mamduh al Nash, merupakan seorang soleh yang mencintai para ulamak dan awlia, . Bapa beliau juga sentiasa mulazamah dengan mendampingi seorang Arif billah iaitu Sheikh Ahmad alHaruni.

Datuk beliau adalah seorang ulamak, iaitu al Sheikh Sharif al Nash, merupakan ahli ilmu yang menimba ilmu daripada ramai kalangan Ulamak besar , para Ahli Hadis dan Awlia dizamannya.

Kegiatan Harian Sheikh Samir Nash:

Menarik , sangat menarik, beliau seorang guru al quran diMasjid Jamik Ibn Arabi, saban hari setiap subuh akan sentiasa ada di dalam kelas beliau diMasjid sehingga awal waktu duha. Beliau sangat terkenal dikalangan penuntut-penuntut bangsa arab amnya dan penuntut nusantara dan penuntut dari negara barat khasnya yang berminat untuk meningkatkan mutu bacaan al quran dijurusan makhraj.
Kemudian beliau akan pulang kerumah dan terus ke Klinik beliau kerana beliau juga merangkap Doktor yang merawat sakit jasmani. Beliau mempunyai Ijazah kedoktoran semasa belajar di Amerika , dan tentunya mahir bertutur dalam English.
Di Klilnik beliau yang sibuk dengan merawat pesakit , seringkali didatangi para murid yang dahagakan ilmu, dibilik rawatan beliau itu juga seringkali bertukar menjadi kelas pembacaan kitab.
Sering juga beliau diundang untuk mengadakan daurah-daurah di Luar negara, antaranya di England , Amerika dan Indonesia. Baru-baru ini beliau telah diundang daurah membaca kitab al Itqon fi Ulumil quran - Ilmu Ulum Quran. Beliau menghuraikannya dalam English.

Yang terakhir , sangat sangat menarik: Beliau sangat kasih kepada Nabi s.a.w, dikhabarkan setiap  hari beliau akan mengadakan majlis bacaan Qosidah Burdah.

Tiada ulasan: