BANNER

BANNER

20161109

Sumbangan diperlukan untuk pemasangan kipas di Dewan Madrasah



Pembinaan Dewan Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Hj Ibrahim di Bongek Acheh, Rembau ini telah pun hampir siap. Dewan terbuka ini kini perlu untuk dipasang kipas. Mereka yang ingin memberi sumbangan untuk pembelian dan pemasangan kipas sila hubungi Ustaz Khairuddin 0123752240 atau salurkan terus ke akaun CIMB ISLAMIC 8601034069 atas nama MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM
 

20160322

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN IHTIFAL



MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN IHTIFAL
Sabtu 26 Mac 2016
10 pagi hingga 1 petang
Di Bangunan Sekolah, Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Rembau
Makan tengahari disediakan 


20160210

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1437H

Sheikh Abdul Razak Ibnu Abdul Moeem dari Mesir, kelulusan ijazah Universiti Cairo, Mesir. Dilahirkan di Mesir. Mendapat pendidikan awal di negara sendiri di pondok (al-Azim) kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat sanawi di bandar Tanta. Melanjutkan pelajaran di Universiti Cairo, Mesir dan mendapat Ijazah Pengajian Islam Bahasa Arab di Kolej Darul Ulum pada tahun 1992. Berhijirah ke Arab Saudi, Jordan dan menzaiarahi 16 negara Arab dan negara lain. Sekarang menetap di Malaysia mendapat Ijazah Master Usuluddin, Universiti Malaya dan kini sedang tahsil Al-Quran (Al-Isari) dalam Bidang Kedoktoran di Universiti Malaya. Berpengalaman mengajar di sekolah bahasa Arab contoh sekolah Menengah Datuk Haji Mustafa, Batu Kikir, N.Sembilan dan kini Mudir di Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Masri, Gombak.


20160205

Pembinaan Dewan Serbaguna



Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Bongek Acheh, Rembau akan membangunkan sebuah dewan serbaguna. Anggaran kos dewan ini ialah sekitar RM60,000. Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk pembinaan dewan ini sila hubungi Ustaz Mohd Khairuddin bin Yusoff 0123752240 atau Ustaz Faizal 0132300595. Maklumat lanjut di http://madrasahbongek.blogspot.my


 

20160103

Jadual Kuliah Umum di Madrasah Tuan Haji Ibrahim

Jadual Kuliah Umum di Madrasah Tuan Haji Ibrahim, Rembau. Lokasi di Google Map - Madrasah Haji Ibrahim