BANNER

BANNER

20131208

Program Bahasa Arab Mudah 13 ke 15 Dis 2013


PROGRAM BAHASA ARAB MUDAH
Tarikh : 13,14 dan 15 Dis 2013 (Jumaat ke Ahad)
Tempat : Dewan Kuliah Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Rembau
Bersama Ustaz Zulkarnain bin Itam, GPK Maahad Ahmadi Gemencheh, Pemenang Anugerah Guru Inovasi Pengajaran Bahasa Al-Quran N.Sembilan.

Hari dan Masa :
13 Dis, Jumaat : 2.30 ptg - 6.30 petang
14 Dis, Sabtu : 8.30 pagi - 6.30 petang
15 Dis, Ahad : 8.30 pagi - 4.30 petang
(Modul Kursus selama 16 jam )

Yuran : RM 30
Jumlah Peserta : Terhad 70 orang peserta

Maklumat lanjut

20131110

KURSUS BAHASA ARAB SEMPENA CUTI SEKOLAH

KURSUS BAHASA ARAB SEMPENA CUTI SEKOLAH
Tarikh : Bermula 24 Nov 2013
Tempat : Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim , Bongek, N.Sembilan
Tempat terhad
Untuk pendaftaran sila hubungi Al Fadhil Ustaz Mohd Khairuddin bin Yusoff 012-3752240

Kelas Feqah dan Hafazan sempena cuti sekolah ini telah penuh.

MAJLIS BERKHATAN SEMPENA CUTI SEKOLAH

MAJLIS BERKHATAN SEMPENA CUTI SEKOLAH
Tarikh : 23 Nov 2013
Tempat : Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim , Bongek, N.Sembilan
Tempat terhad
Untuk pendaftaran sila hubungi Al Fadhil Ustaz Mohd Khairuddin bin Yusoff 012-3752240

20130820

Kelas Ibtidai' , I'dadi dan Tahfiz




Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim di Rembau kini menawarkan tiga kelas untuk pengajian pelajar pelbagai peringkat, iaitu :

1. Kelas Ibtidai' : Khusus untuk pelajar yang baru mula mengenal pengajian Islam
2. Kelas I'dadi : Khusus untuk pelajar yang baru mula melanjutkan pengajian agama dengan menggunakan Bahasa Arab
3. Kelas Tahfiz : Khusus untuk pelajar yang ingin menghafal al-Quran

Tempat adalah terhad
Tenaga pengajar yang berkelayakan

Untuk pendaftaran sila hubungi :
Ustaz Khairuddin 012-3752240
Ustaz Faizal 013-2300595
Ustaz Afiq 017-2138006



20130710

Program Ramadhan 1434 H Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim



Kepada :

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah Sekalian..

Tuan-tuan dan puan-puan,     
                                                                                     
AHLAN RAMADHAN TAHUN 1434 HIJRIYAH BERSAMAAN TAHUN 2013 MASIHI

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Taala yang memberikan kita semua kesempatan untuk sekali lagi bertemu dengan bulan Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini.Semoga Allah Taala merahmati kita semua dengan kehadirannya. Seperti biasa, pihak madrasah pada tahun ini akan menjalankan aktiviti-aktiviti bersempena Ramadhan, antaranya adalah seperti berikut :

a) 8 Julai 2013 ( 29 Syaaban 1434 ) Isnin malam Selasa, selepas Maghrib = Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah untuk penduduk kampung yang telah meninggal dunia. Sila bawa jamba lauk daripada rumah masing-masing.

b) Sembahyang Tarawih : Azan akan dikemundangkan apabila masuk waktu Isyak, dan Iqamah adalah pada pukul 9.00 malam sepanjang bulan Ramadhan. Sembahyang tarawih akan dilaksanakan sebanyak 10 rakaat seperti biasa dan ditambah dengan 3 rakaat sunat witir. Sedikit pembaharuan pada tahun ini adalah,pada setiap hari Jumaat malam Sabtu, solah tarawih akan diadakan sebanyak 20 rakaat.

c) Tahlil Arwah Ringkas : Akan dibuat secara ringkas selepas sembahyang sunat witir untuk  semua arwah yang dimaksudkan dan arwah penduduk kampung pada setiap malam. Sesiapa yang berminat untuk bersedekah untuk dihadiahkan pahalanya kepada arwah-arwah boleh berbuat demikian seperti biasa.

d)  Tazkirah Ramadhan : Tazkirah Ringkas akan diberikan selepas doa sembahyang sunat tarawih iaitu sebelum sembahyang sunat witir. Adapun Program Tazkirah Perdana akan diadakan sebanyak empat kali pada tahun ini iaitu pada :

i) 13 Julai 2013 (Sabtu malam Ahad) : Imam dan Pentazkirah Jemputan al-Fadhil al-Ustaz Saifudin bin Mulop
ii) 20 Julai 2013 (Sabtu malam Ahad) : Imam dan Pentazkirah Jemputan al-Fadhil al-Ustaz Sharoizi
iii) 27 Julai 2013 (Sabtu malam Ahad) : Imam dan Pentazkirah Jemputan al-Fadhil al-Ustaz Alimi
iv) 3 Ogos 2013 (Sabtu malam Ahad) : Imam dan Pentazkirah Jemputan al-Fadhil al-Ustaz Shukor

Para ustaz jemputan tersebut insya-Allah akan mengimami sembahyang tarawih dan memberikan tazkirah selepas solat sunat witir.Senarai ustaz jemputan adalah tertakluk kepada perubahan.

e) Program Berbuka Puasa Perdana Madrasah: Majlis ini akan diadakan pada 11 Ramadhan 1434 bersamaan 20 Julai 2013 iaitu hari Sabtu malam Ahad. Sekali lagi sumbangan orang-ramai diharapkan untuk menjayakan majlis pada kali ini.

f) Majlis Penyampaian Bantuan dan Saguhati Ramadhan: Majlis ini akan diadakan seperti biasa pada setiap tahun berdasarkan kutipan Ramadhan yang diperolehi. Jika dana yang diperolehi mencukupi, insya-Allah majlis ini akan diadakan pada 1 Ogos 2013 bersamaan 23 Ramadhan 1434 (hari Khamis malam Jumaat).

g) Tadarus Al-Quran : Tadarus dewasa akan diadakan pada pukul 5.30 petang setiap hari, begitu juga selepas more mengikut kelapangan. Tadarus kanak-kanak akan diadakan jika terdapat sekurang-kurangnya 3 orang yang hadir selepas berbuka sehingga solat Isyak. Peserta kanak-kanak yang terlibat akan diberikan saguhati menjelang Hari Raya Puasa.

h) Sembahyang Sunat Tasbih : Sembahyang ini akan diadakan pada setiap malam Jumaat secara berjemaah iaitu selepas solat Tarawih dan sebelum solat Witir.

i) Moreh : Hidangan minuman teh dan kuih-muih akan disediakan setiap kali selesai sembahyang tarawih setiap malam.Jika terdapat sesiapa yang ingin bersedekah kuih-muih dan air minuman,adalah dialu-alukan.

j) Takbir Rumah ke Rumah : Acara ini diadakan seperti biasa pada malam raya mengikut permintaan tuan rumah.

k) Sembahyang Sunat Hari Raya : Sembahyang Hari Raya Puasa akan dimulakan pada pukul 9.00 pagi 1 Syawal 1434 Hijriyah.

4. Semua dijemput hadir bagi sama-sama meraikan sambutan pada kali ini. Sokongan yang diberikan kepada aktiviti madrasah ini diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Haji Mohd Khairuddin bin Haji Yusoff@Saari
Mudir,
Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim,
Kampung Bongek Acheh,
71300 Rembau.
Tel :  012-3752240 / 013-2300595
Fax : 06-6858468

20130319

JADUAL PENGAJIAN KELAS HAFIZ


KELAS TAHFIZ MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM

A. TEMPOH PENGAJIAN 3-4 TAHUN
- Tahun Pertama : Menghafal sehingga Juzuk 7
- Tahun Kedua : Menghafal sehingga Juzuk 18
- Tahun Ketiga : Menghafal sehingga Juzuk 30
* Pencapaian hafalan adalah tertakluk kepada kemampuan pelajar. Sekiranya pelajar menghabiskan hafalan lebih awal,maka adalah sangat baik.

B. SYARAT KEMASUKAN
- Umur tidak kurang daripada 10 tahun dan boleh hidup berdikari
- Berminat untuk menghafal Al-Quran
- Boleh membaca Al-Quran dengan baik
- Lulus temuduga

C. PAKAIAN RASMI ; JUBAH PUTIH DAN BERSERBAN

D. CUTI TAHUNAN
- Boleh balik ke rumah sebulan sekali (Sabtu dan Ahad)
- Cuti Tahunan ( 25 Ramadhan sehingga 10 Syawal )
- Cuti Pertama ( Raya Haji –Seminggu)
- Cuti Kedua ( Maulidurrasul – Seminggu )
- Cuti Ketiga ( Jamadil Akhir – Seminggu )

E. YURAN RM 200 (bagi yang mampu,sekira tidak mampu boleh dirunding)

F. Terhad 16 orang pelajar

G. HUBUNGI USTAZ MOHD KHAIRUDDIN 012-3752240 ATAU USTAZ MUHAMMAD AFIQ 017-2138006

20130219

Pengambilan Pelajar Tahfiz



Pengambilan Pelajar Tahfiz Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim
- Terhad kepada 15 orang pelajar sahaja
- Guru berkemahiran

Syarat-Syarat :
- Menguasai bacaan Al-Quran dengan baik
- Lelaki 10 tahun ke atas
- Yuran bulanan RM200 sebulan (mereka yang tidak mampu, boleh berunding dengan Mudir Madrasah)

Hubungi segera :
Ustaz Mohd Khairuddin Yusoff
Mudir Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim
Bongek Acheh ,
71300 Rembau ,
Negeri Sembilan .
Tel : 012-3752240