Majlis Sambutan 76 Tahun Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji
Ibrahim
Tarikh : 9 dan 10 November 2012
Ulama Jemputan : Sheikh Samir al Nash
Biodata Sheikh Samir al Nash.
Nama : al Alim, al Faqih, al Ushuliy, al Shufi, al Thobiib
,al Sheikh, Samir Muhammad bin Mamduh bin Sharif al Nash.
Dilahirkan pada : 1955 masihi bersamaan 1375 hijrah.
Bapa beliau, adalah seorang yang Soleh, Iaitu Sheikh Mamduh
al Nash, merupakan seorang soleh yang mencintai para ulamak dan awlia, . Bapa
beliau juga sentiasa mulazamah dengan mendampingi seorang Arif billah iaitu
Sheikh Ahmad alHaruni.
Datuk beliau adalah seorang ulamak, iaitu al Sheikh Sharif
al Nash, merupakan ahli ilmu yang menimba ilmu daripada ramai kalangan Ulamak
besar , para Ahli Hadis dan Awlia dizamannya.
Guru-guru datuk beliau ialah, al Arif billah al Allamah
Khatimah al Muhaddisin fi Shaam, Muhammad Badruddin al Hasani R.anhu.
Diantara guru datuknya lagi ,
al Arif billah al Allamah al Muhaddis Muhammad bin Ja,far al
Kattani (Ulamak hadis Maghribi) dan alArif billah al Sheikh Syukri al Asthuwani
, dan al Arif billah al Allamah al Sheikh Abdul Hakim al Afghanaani.
Sementara Sheikh Saamir sendiri pula:
Beliau adalah Faqih dalam Mazhab Hanafi, yang teguh
pengetahuannya, Seorang ahli Ilmu Ushul, Seorang Ahli Hadis, Seorang yang
menghimpunkan ilmu qiraat al Shugro dan al kubro, bahkan beliau berpengetahuan
kukuh pada ilmu qiraat dan berbagai ilmu-ilmu yang lain lagi.
Beliau mempunyai berbagai ijazah ilmu selain beliau juga
adalah seorang Doktor yang mempunyai pusat rawatan sendiri (Klinik) di Kota
Dimasq.
Beliau seorang Alim yang beramal dengan ilmu Tasawuf.
Bidang ilmiah yang diceburi beliau:
Ilmu-ilmu alQuran.
Beliau telah menghafal al Quran ketika masih kecil lagi,
kemudian menjalani pengajian talaqqi ilmu Qiraat Sughro disisi Sheikh al Faqih
al Allamah al Hafiz al Jaami’ al mutqin al Sheikh Toha al Sukkar.
Kemudianya beliau beralih menghimpun pula ilmu Qiraat al
Kubro disisi al Hafiz al Mutqin al Aalim al Sheikh Ahmad Mustofa al Misri .
Beliau mempunyai ijazah-ijazah al Quran dari Para ulamak Qurra Sham, antaranya ijazah dari
- al Allamah al Sheikh Muqri al Sham Husain al Khattob.
- Al Sheikh Muhammad Kurim Rajiih.
- Al Sheikh Abu al Hasan al Kurdi.
- Al Sheikh Abd. Razaq al Halabi.
Sedangkan Sheikh Samir iatu beliau sendiri adalah juga
merupakan Muqri (guru) al Quran setiap hari diMasjid al Imam al Arif billah al
Sheikh al Akbar Mahyuddin ibn Arabi semenjak 15 tahun yang lampau.
2. Ilmu Hadis.
- Beliau telah bertalaqqi Hadis disisi al Muhaddis al Kabir
al Allamah al Sheikh Yaasin al Fadani. Membaca kitab Awail al Sunbuliyyah
berkali-kali dan Sheikh Yasin telah mengijazahkan Hadis kepada beliau. Ini berlaku
semasa beliau bermukim diJeddah, Arab Saudi selama 12 tahun dan dalam masaitu
beliau berulang alik ke Tanah Haram
- Beliau sempat bertalaqqi sebahagian besar Kitab Jami' al
Sahih al Bukhari disisi
al Allamah al Muhaddis al Sheikh Abdullah al Ghumari dan
diijazahkan Hadis-hadis juga.
- bertalaqqi disisi al Allamah al Sheikh Abdul Ghani al
Daqar dan diijazahkan .
- Al Sheikh Muhammad bin Ali dan al Sheikh Muhammad Barnalu
al Halabi.
- al Sheikh Syafiyyu al Musaddi.
- al Sheikh Nuruddin al Khatiib .
- al Sheikh Abdullah Sirajuddin al Halabi.
Yang menariknya , beliau telah bertalaqqi Ilmu Mustholah
Hadis disisi al Allamah al Doktor Nuruddin Ittir , membaca kitab Nuzhah al
Nazar.
Kemudiannya beliau terkehadapan dalam barisan ulamak yang
mahir ilmu Mustholah.
3. Ilmu Fekah.
Beliau membaca Teks Fekah Mazhab Hanafi :
- disisi al Allamah al Sheikh Luthfi al Fayumi, kitab al
Hidayah al Aalaiyyah.
- Al Allamah Mufti Negara Sham al Thobib al Sheikh Abu al
Yusr Aabidin , membaca disisinya Hasyiah Ibnu Aabidin dan beliau telah
memantapkan bacaannya selama 3 tahun dan telah diijazahkan kitab Hasyiah
tersebut. Sheikh Abu al Yusr merupakan keturunan pengarang Hasyiah Ibnu Aabidin
tersebut.
- beliau meraih Ijazah ilmu fekah dan ilmu Ushul dari al
Allamah al Faqiih al Aarif billah al Sheikh Adiib al Kallas.
Kegiatan Harian Sheikh Samir Nash:
Menarik , sangat menarik, beliau seorang guru al quran
diMasjid Jamik Ibn Arabi, saban hari setiap subuh akan sentiasa ada di dalam
kelas beliau diMasjid sehingga awal waktu duha. Beliau sangat terkenal
dikalangan penuntut-penuntut bangsa arab amnya dan penuntut nusantara khasnya
yang berminat untuk meningkatkan mutu bacaan al quran dijurusan makhraj.
Kemudian beliau akan pulang kerumah dan terus ke Klinik
beliau kerana beliau juga merangkap Doktor yang merawat sakit jasmani. Beliau
mempunyai Ijazah kedoktoran semasa belajar di Amerika , dan tentunya mahir
bertutur dalam English.
Di Klinik beliau yang sibuk dengan merawat pesakit ,
seringkali didatangi para murid yang dahagakan ilmu, dibilik rawatan beliau itu
juga seringkali bertukar menjadi kelas pembacaan kitab.
Sering juga beliau diundang untuk mengadakan daurah-daurah
di Luar negara, antaranya di England
dan Amerika. Baru-baru ini beliau telah diundang daurah membaca kitab al Itqon
fi Ulumil quran- ulum quran. Beliau menghuraikannya dalam English.
Yang terakhir , sangat sangat menarik: Beliau sangat kasih
kepada Nabi s.a.w, dikhabarkan setiap 2 hari beliau akan mengadakan majlis
bacaan Qosidah Burdah.
Semuga Allah s.w.t banyakkan orang yang seperti beliau, dan
lanjutkan usia beliau dalam kesihatan untuk berbakti. Aamin.
-Catitan dari temubual murid beliau iaitu Sheikh Firas Salu.