BANNER

BANNER

20190930

RANCANGAN PEMBANGUNAN SEMULA MADRASAH...Bersama Kita Dalam Menjayakannya....Sama2lah Kita Berdoa dan Berusaha....Hanya Perkenan Allah Taala Kita Harapkan

RANCANGAN PEMBANGUNAN SEMULA MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM,
KAMPUNG BONGEK ACHEH, 71300 REMBAU, NEGERI SEMBILAN

MUQADDIMAH
Sesuai dengan sejarah panjang madrasah ini dalam menaburkan bakti kepada masyarakat setempat secara khusus dan Negeri Sembilan dan Malaysia amnya, Lembaga Pengurusan Madrasah dalam mesyuarat pada 12 November 2017, telah memutuskan untuk membangunkan semula madrasah secara keseluruhan dari aspek fizikal dan peranannya seiring dengan perkembangan dan keperluan zaman.

2. RANCANGAN MENINGKATKAN PERANAN MADRASAH

2.1. Menjadi pusat kegiatan keagamaan dan kemasyarakatan setempat dan di daerah Rembau dan Negeri Sembilan.
2.2 Meningkatkan peranan pendidikan :
2.2.1 Membuka Sistem Pengajian Talaqqi Kitab bersistemkan Sistem Dayah Acheh yang mengambil masa selama 7 tahun.
2.2.2 Menambah kelas bagi kelas tahfiz dan juga membuka kelas Tajwid dan Qiraat.
2.2.3 Membuka kelas persediaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi para hafiz yang telah tamat 30 juzuk al-Quran.
2.2.4 Membuka kelas Syahadah bagi para hafiz yang telah tamat 30 juzuk al-Quran.
2.2.5 Membuka kelas Turath Jawi bagi pelajar kelas Fardhu Ain yang tidak berkemampuan menyambung ke sistem Dayah dan juga orang awam yang ingin belajar di madrasah.

3. RANCANGAN PEMBANGUNAN FIZIKAL

3.1. Membina semula bangunan utama madrasah iaitu bangunan baru terdiri daripada 5 aras:
Aras Bawah : tempat letak kereta, juga boleh digunakan sebagai tempat jamuan apabila diadakan majlis besar
Bahagian Sisi Aras Bawah : Dapur Utama
Aras Utama : Dewan Solat Utama yang boleh menampung 1500 jemaah
Bahagian Sisi Aras Utama : Dewan Makan Lelaki
Aras 1 : Dewan Seminar yang boleh menampung 500 peserta
Bahagian Sisi Aras 1 : Dewan Makan Perempuan
Aras 2 : Bilik-Bilik Pengajian
Aras Atap (Terbuka) : Tempat majlis santai,qiamullail dan lain-lain
=
3.2. Membina Bangunan Pentadbiran
Aras Utama : Bilik Pengetua dan Guru Kanan serta Pejabat
Aras 1 : Bilik Guru
Aras 2 : Perpustakaan dan Bilik Teknologi & Sistem Maklumat

3.3. Membina Asrama Utama yang boleh menampung 500 pelajar

3.4. Membina Asrama Khas untuk Orang Awam dan Muallaf.

3.5. Membina Kompleks Perumahan Guru dan Rumah Tetamu mengandungi 40 unit rumah.


4. PEMBENTUKAN JAWATANKUASA KHAS PEMBANGUNAN SEMULA MADRASAH

Lembaga Pengurusan Madrasah telah membentuk satu Jawatakuasa Khas untuk membantu memudahkan lagi usaha-usaha yang telah dirancang. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada :
PENAUNG  : Yang Teramat Mulia DATO' LELA MAHARAJA DATO' HAJI MUHAMAD SHARIP BIN HAJI OTHMAN, UNDANG LUAK REMBAU
PENASIHAT : 1. YANG BERHORMAT Datuk Seri Dr Dzulkefly BIN Ahmad,
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
  2. YANG BERBAHAGIA, DATO’ KAMAL AMRAN BIN KAMARUDIN, SETIAUSAHA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN
3. SOHIBUL FADHILAH, USTAZ FADHLI BIN YUTIMAN, PEGAWAI AGAMA ISLAM DAERAH REMBAU
AHLI JAWATANKUASA :
1. DATO’ HAJI MOHD YUSOF BIN AZIZ
2. YANG MULIA DATO’ SYAHBANDAR HAJI ABDUL RAHIM BIN HAJI YASIN
3. YANG MULIA DATO’ SINDA MAHARAJA BAHARIN BIN SHARIF
4. DATUK HAJAH YUSLINA BINTI TAN SRI  YUNUS TASI
5. DATuk ZAMANI BIN IBRAHIM
6. TUAN HAJI RAMLI BIN AHMAD
7. Ir Zakariah bin Kemas Salleh
8. TUAN HAJI MaDZI BIN MAT Lin

5. LANGKAH-LANGKAH AWAL YANG DILAKUKAN
5.1 Pengambil-Alihan Tanah
5.1.1 Tanah di antara bangunan madrasah dan sekolah.diturap dan digunakan sebagai tempat letak kenderaan dan pelbagai kegunaan lain.

 











5.2  Tanah untuk pembangunan Asrama Utama

















 











5.3  Tanah untuk dibuat Kompleks Perumahan Guru dan Rumah Tetamu
 















 












 
















6. KAWASAN TANAH SEDIA ADA MILIK MADRASAH

6.1 Kawasan untuk pembinaan Bangunan Pentadbiran
 













 














6.2 Tanah untuk Bangunan Asrama Khas
 









wef



6.3 Tapak Bangunan Utama Madrasah Asal untuk dibangunkan semula dengan bangunan baru

 















 












 

















 













7. MELANTIK KONSULTAN YANG SANGGUP MEMBANTU MADRASAH MEMBUAT PERANCANGAN YANG LENGKAP UNTUK PEMBANGUNAN FIZIKAL YANG DIRANCANG DENGAN KOS YANG MUNASABAH BAGI MADRASAH

8. MENCARI DANA YANG DIPERLUKAN UNTUK PEMBANGUNAN SEMULA MADRASAH SECARA TERANCANG

DISEDIAKAN OLEH :
LEMBAGA PENGURUSAN MADRASAH
MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM
KAMPUNG BONGEK ACHEH,71300 REMBAU, NEGERI SEMBILAN