BANNER

BANNER

20121021

Ruang niaga sempena Majlis Jubli Intan

Adalah dimaklumkan ruang tapak perniagaan serta pameran untuk Majlis Jubli Intan Madrasah Islamiah Haji Ibrahim, Kg Bongek Acheh, Rembau bermula 8 Nov 2012 (malam) hingga 11 Nov 2012 (petang) dibuka dengan harga sewa RM100 (8ka x 8 ka, meja kerusi, lampu, soket, plug 3 pin).

Mereka yang berminat sila hubungi Ustaz Khairuddin 012-3752240 atau Encik Faizal 013-2300595.

20121017

Pertandingan Mencipta Logo Madrasah Haji Ibrahim


Sertai pertandingan Mencipta Logo Madrasah Haji Ibrahim dan serahkan logo yang dicipta sebelum 12 tengahari Sabtu 10 November 2012 ke Meja Urusetia Majlis Sambutan Jubli Intan Madrasah Haji Ibrahim, Kampung Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan.

Hadiah Menarik menanti Pemenang! 

Sambutan Jubli Intan Madrasah Islamiah Haji Ibrahim 8 ke 10 Nov 2012



SAMBUTAN JUBLI INTAN MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM
Kampung Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan
               
Tarikh :
8, 9  & 10 Nov 2012 (Majlis Umum)
11 - 19 Nov  2012 (Majlis Tertutup)

Tempat  : Madrasah Al-Islamiah Haji Ibrahim & Bangunan Sekolah Rendah Agama Rakyat Haji Ibrahim, Kampung Bongek Acheh
               
Aktiviti : Ceramah Umum, Forum Perdana, Majlis Perasmian, Majlis Bacaan Hadis Sohih Muslim, Pertandingan Qosidah,  Pameran dan Gerai Jualan, Pertandingan Dewasa dan Kanak-kanak, Lain-lain

TENTATIF PROGRAM

(KHAMIS) 8 NOVEMBER 2012
9.00 mlm - 10.30 mlm : CERAMAH UMUM
Penceramah : Ustaz Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir (Personaliti al-Kulliyah,Tanyalah Ustaz dan Penulis Buku-Buku Agama)

(JUMAAT) 9 NOVEMBER 2012
8.30 pg - 6.30 ptg : Aktiviti Umum
- Pameran dan Gerai Jualan
- Pertandingan Dewasa dan Kanak-Kanak

8.30 mlm - 11 mlm : Forum Perdana “Bertuahnya Diriku Seorang Muslim”
Moderator : Ustaz Soffhan bin Abdul Halim – Mudir Madrasah Aliyah,Seremban
Ahli Panel : Al-Fadhil Ustaz Haji Ahmad Naim bin Haji Muhammad – Pengerusi Lajnah Akhlak dan Ibadat Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan  & Sohibul Fadhilah Ustaz Haji Nor Azamir bin Alias – Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
      
(SABTU) 10 NOVEMBER 2012
6.30 pg - 8 pg : Solat Fardhu Subuh Berjemaah
 - Tazkirah Subuh
- Sarapan Pagi

8.30 pg - 6.30 ptg : Aktiviti Umum
- Pameran dan Gerai Jualan
- Pertandingan Dewasa dan Kanak-Kanak

2.30 ptg - 4.30 ptg :  PERTANDINGAN QOSIDAH
5.30 ptg : PERTUNJUKAN SILAT
8.30 mlm - 11 mlm : MAJLIS PERASMIAN JUBLI INTAN MADRASAH ISLAMIAH TUAN GURU HAJI IBRAHIM
- Bacaan al-Quran
- Tayangan Video 75 Tahun Madrasah 1936-2011
- Ucapan Aluan
- Ucapan Perasmian
- Ucapan Nasihat – Sohibus Samahah Dato’ Haji Murtadza bin Haji Ahmad
- CERAMAH – SHEIKH SAMIR AL-NASH DARI SYRIA (DENGAN TERJEMAHAN KE BAHASA MELAYU)
- Penyampaian hadiah dan cenderamata
- Minum Malam

(AHAD) 11 NOVEMBER 2012 HINGGA ( ISNIN ) 19 NOVEMBER 2012
Sesi Tertutup ( Terhad 300 Peserta Sahaja )
Sesi Bacaan Hadis Sohih Muslim oleh Sheikh Samir al-Nash dan murid beliau Sheikh Firas Salu

6.30 pg - 8.30 pg : Sesi 1 , Minum pagi
 10 pg - 1.00 tgh : Sesi 2 , Makan Tengahari , Solat Zuhur Berjemaah dan Rehat
4.30 ptg - 6.30 ptg : Sesi 3 ,  Makan Malam , Solat Fardhu Maghrib dan Isyak Berjemaah
8.30 mlm - 10.30 mlm : Sesi 4 , Minum Malam


20121005

PENGUMUMAN

Dimaklumkan program cuti sekolah untuk tahun ini (2012) ditangguhkan.

Harap maaf.